kehadapan awak. alhamdulillah dalam dunia yang semakin tak keruan ini, kita masih dapat bertukar salam & mendoakan kebaikan satu sama lain. ada banyak perkara yang ingin saya perkatakan tentang kesedihan. terutamanya yang mendasari bicara-bicara yang awak sering paparkan. maaf bukanlah niat saya untuk menyibuk, akan tetapi saya dapat melihat dan merasakan seolah-olah kesedihan itu satu sumpahan untuk awak. ingin saya bertanya, adakah tulisan-tulisan awak berkenaan kesedihan itu adalah kerana awak gagal mencapai bahagia yang awak inginkan? kerana kebanyakan manusia, memang selalunya akan bersedih, kecewa dan terluka dalam mencari kebahagiaan. adakah awak juga begitu? awak ingin dengar pendapat saya tentang bahagia? tapi sebelum itu ingin saya tanyakan, apakah makna bahagia buat awak? adakah bahagia itu apabila awak bernasib baik dalam kehidupan? atau bahagia itu bila awak mencapai apa yang awak inginkan? adakah bahagia itu awak ertikan dengan perasaan suka dan gembira yang aw...