Posts
Showing posts from October, 2015
HIJRAH KU.....
- Get link
- X
- Other Apps
Semua orang ada masa silam. Semua orang ada zaman jahiliyah. Semua orang ada masa hitam. Semua orang ada masa pahit. Apa pun masa lampau yang kita lalui dulu. Bila sudah berhijrah. Bukan untuk di ulangi kembali. Cukup sekadar mengingati. Betapa jijik nya diri kita yang dulu. Begitu juga aku. Kadang sendirian. Aku termenung, berfikir kembali. Masa masa yang pernah aku lalui dahulu. Hina nya aku, kotor nya aku. Dosa nya aku. Namun Allah tak pernah membenci dan membuang aku. Seperti mana aku pernah membuang dia dek kerana mengejar duniawi yang kejam. Membelek belek album lama. Allahu.. Itu kah aku? Hidup yang tidak serupa hamba Allah. Yang mengikut perintahNya. Maafkan aku ya Allah. Dulu aku tidak mengerti apa apa. Bukan tidak tahu. Cuma terlalu malas untuk ambil tahu. Bahawa penghijrahan untuk lebih kepadaMu itu jauh lebih indah dari hidup dalam maksiat dan dosa. Hidup sentiasa di kejari dengan tidak rasa tenang dan aman. Selalu terasa tidak bahagia. Baru kini aku mengerti.