Bismillahirrahmanirrahim
Semoga saat dirimu membaca tulisan ini, dirimu dalam keadaan tersenyum. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya padamu dan menjalani hari – hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan. Semoga suatu hari nanti dirimu dan “aku” boleh berhimpun dalam suasana penuh cinta.
Nampaknya aku rasa rindu sangat untuk menyapa dirimu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa khabar agaknya dirimu hari ini? Dari tempat aku menulis ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan, dan Allah tak pernah hentinya mencurahkan RahmatNya padamu. Ada suatu rasa untuk tidak bisa aku luahkan dihadapanmu, untuk dirimu, hanya kata-kata mampu aku susunkan.
Seorang insan menyampaikan kata buat diri ini, aku tersentuh, bila 'itu' yang manusia kirim, hati berbisik meletakkan keyakinan, ada sesuatu yang lebih indah akan Allah kirim buat mereka yang terus usaha,sabar dan redha....
Ada sesuatu yang lebih indah, yang bakal Allah kirimkan buat dirimu yang terus berusaha, sabar dan redha…
Ujian itu boleh datang dan menggoncang kita. Kita boleh sedih, menggeletar, dan serabut. Tapi ujian tidak akan dapat mengapakan kita selagi kita memilih untuk berdiri… dan bergantung hanya kepada ILAHI.
Life is unpredictable but is acceptable to everyone…coz Allah just put you through everything you can bear it
Aku tak kuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini. Aku curahkan segenap rinduku pada Sang Pemberi Cinta, kerana aku tahu padaNya lah bermula rasa rinduku padamu. dan tak lupa sebait doa ku lantunkan di sepertiga malam ku itu, agar dirimu selalu dalam naunganNya.
Doaku untukmu, semoga ALLAH menjadikan hidupmu selancar air sungai yang lalu ke hilirnya, menenangkan hatimu menghadapi sebarang cabaran umpama tenangnya Awan di angkasa,
menceriakan hatimu seiring senyuman dibibirmu yang ikhlas, seceria hamba ALLAH yang mendapat nikmat daripadaNYA, mengekalkan hatimu sentiasa di jalan yang diredhai oleh Allah.
Untuk dirimu,
Banyak mata yang terbuka dan banyak pula yang terpejam memikirkan persoalan yang telah berlalu atau akan berlaku,tinggalkanlah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin Tuhan telah menolongmu, PERCAYALAH esok pun Dia akan tetap menolongmu, itulah pesan Imam al-Ghazali. Aku tahu kamu kuat, sebab aku yakin, Allah takkan menyalahi firmanNya sendiri, Allah just put you through everything you can bear it. Keyakinan kepadaNya jangan disilap letak. Keyakinan itu bukan dibibirmu. Tapi tempatnya di hati. Dia MAHA BAIK kepada hambanya. Sesungguhnya nikmat Allah kepadamu terlalu banyak jika dibandingkan dengan keadaan yang dihadiahkan sekarang ini. Aku berkata dengan satu perasaan, iaitu sayang. Namun, sayangnya Allah kepadamu melebihi dan berganda-ganda dari sayangnya diri ini kepadamu.
AKu harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. Dan aku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun. Iya! bahkan kepada orang-orang yang membencimu, menyakitinya atau dia menyayangimu tapi dengan cara yang salah, sehingga dirimu tersakiti dengan kesakitan yang membuak-buak.
Comments
Post a Comment