Betul tak?

Saya banyak sangat friend request.Tapi saya tak terburu buru approve. Sebab saya betul betul nak kenal lebih lama kawan kawan fb yg sedia ada ni melalui status mereka.Kalau saya approve,jumlah kawan saya akan bertambah ramai dan tak 10% dari jumlah status kawan2 yg sy akan nampak melainkan klu sy kerap interact dgn mereka melalui like atau komen. So the rest, mmg saya akan tidak nampak,walaupun sebenarnya mereka aktif.
Tu yang selalu saya nampak ramai update status kawan 5ribu tapi yg like macam kawan 200 org dan mulalah aktiviti meremove kawan yg konon nya tak aktif, dan nak bagi laluan pada yg konon2 lebih aktif.. dan percayalah resultnya pun akan sama..
Sebab lain, saya tidak gemar melabelkan seseorang pun dalam friendlist saya ini negetive atau positive. Mungkin terdapat sebilangan status kawan2 fb yang agak annoying yang kita anggap negetif. Tapi bukan tugas kita ke nak perbetulkan mereka dengan sentiasa sharing perkara perkara yang baik. Kalau dah semua nak positif, yang negetif ni siapa nk tolong peringatkan? Ni tanggunjawab kita yer.Jangan lupa tu. Tak dapat menegur direct, khuatir disalah anggap, takperrrr.. tapi kita jangan berhenti berkongsikan perkara perkara yang baik instead remove dia dari friendlist kita.
Mana lah tahu ada yang melekat di hati dengan izin Allah kann. Insyallah,kita dah dapat bekalan di kubur nanti.
So mana2 yang dah tahap keterlaluan takley nak handle tu,slowly slowly sy remove tanpa perlu mewar warkan kerana siapalah saya nk bermegah megah siapa yang layak jadi kawan saya. Cukup sempurna kah saya di mata Allah. Cukup lah saya dan Allah SWT yang tahu sebab2 nya.
Coretan panjang tulus ikhlas dari hati yang sentiasa perlu dicuci.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SELAWAT FATIH