ALHAMDULILLAH

Senyumlah. Hela nafas puas. Kita telah memaksimakan hari2 kita dengan tidak menggesa tenaga tetapi bekerja atas tanggungjawab/amanah dan apa yang kita mahu laksanakan. Pulang ke rumah nanti, duduklah sebentar di hadapan cermin. Lihatlah diri anda, berbanggalah. Hanya kita dan cermin, jangan malu untuk berbangga. Itulah wajah kita..selelah mana pun, kita puas. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Bila kita dapat sesuatu, otak tak henti berfikir dan sama lajunya nanti dengan usaha/kudrat tak henti bergerak. Moga Allah terus melapangkan rezeki dan memberikan kesihatan yang baik untuk saya terus bekerja.

Saya mencari-cari senyum saya, di mana terjatuh? Menyelongkar kepuasan diri atas usaha dan berdikari. Saya membazirkan keberanian sebelum ini. Ok, berjalan terus dan jangan pandang ke belakang lagi. Jika lemah, timbuslah sebelum mengalah, jika kuat, bersyukurlah menjadi semangat. :)


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SELAWAT FATIH